Tang Dynasty Hotel, Kota Kinabalu
Bengkel yang disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia SABAH dikuti seramai 45 orang peserta yang turut dihadiri oleh pensyarah beberapa buah IPT menarik minat mereka mengetahui asas konsepĀ Street Photography.
Para peserta yang sangat supporting berjaya menyelesaikan Bengkel 2 hari dengan cemerlang dan dapat menghasilkan foto yang sangat baik. Bengkel yang telah dikendalikan oleh Bebayu Akademi dengan bantuan Jebat Photography Club dengan kerjasama MOTAC ini bermula dengan hari pertama untuk teori asas dan hari kedua praktikal asas street photography.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Sabah yang turut memberikan sokongan dalam perkembangan industri fotografi dan videografi di Sabah membantu melalui bengkel yang dianjurkan seperti ini sekaligus membantu warga tempatan untuk menggunakan cerita tempatan buat tatapan pelancong dalam dan luar negara.
Bersama Peserta Bengkel Fotografi yang dikendalikan oleh Bebayu Akademi dengan bantuan JPC
Bersama Peserta Bengkel yang terbaik
Ini adalah sedikit hasil para peserta untuk Bengkel Asas dan Konsep ini
0 Comments